Anak Dalam Rahim Diambil Jin? 每 IKHTIAR SYIFA
Anak Dalam Rahim Diambil Jin? 每 IKHTIAR SYIFA

Kejadian ibu hamil kehilangan anak dalam kandungan sering berlaku. Norzaimah Zakaria, 46 tahun yang sekarang tinggal di Pusat Latihan Polis, Serting, Negeri Sembilan pernah kehilangan bayi di dalam kandungan 7 bulan. Doktor memberitahu beliau tidak mengandung sedangkan beliau telah mendapat rawatan di hospital tempatan selama ini.

Bidan kampung juga memberitahu beliau tidak mengandung dan tidak melahirkan anak. Sejak itu beliau sentiasa bermimpi bertemu dengan anaknya yang semakin membesar sehinggalah anak itu berusia 4 tahun di mana beliau tidak bermimpi lagi.

Wan Nasiroh Wang Kecik, 30 tahun dari Taman Cempaka, Batu Kawan, Pulau Pinang juga mengalami kehilangan anak kelima 7 bulan dalam kandungan (Berita Harian 6 Julai 2006). Sedangkan beliau memiliki kad rawatan di klinik yang mengesahkan beliau sedang mengandung 7 bulan.

Dalan kedua-dua kes ini apakah kaum jin telah mengambil anak mereka? Mungkinkah rawatan melahirkan bayi bagi kaum jin lebih maju hingga tidak meninggalkan bekas dan ibu tidak perlu melalui proses berpantang yang lama? Mungkinkah sebab itu jin mampu beranak ramai? Mungkinkah bidan-bidan Melayu mempelajari ilmu merawat ibu bersalin daripada kaum jin?

Mungkinkah juga Nabi Isa AS yang dilahirkan oleh Siti Maryam dengan dibidani oleh kaum jin hingga proses melahirkan Nabi Isa AS menjadi begitu mudah hingga Siti Maryam tidak merasa sakit?

Wallahu A’lam

Masa Terbitkan : 8-Oct-2020

Switch To Desktop Version