JIN MUKMIN 每 Diberikan Ganjaran Syurga Seperti Manusia?
JIN MUKMIN 每 Diberikan Ganjaran Syurga Seperti Manusia?

Para ulama tidak kira sama ada dari kalangan salaf & khalaf, telah bersepakat bahawa jin kafir akan masuk neraka. Namun mereka berbeza pendapat mengenai jin Islam. Adakah mereka akan masuk syurga seperti manusia yang beriman? Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata, “Ada 4 pendapat para ulama mengenai hal ini:

  1. Jin Islam juga akan masuk syurga. Ini ialah pendapat majoriti ulama.
  2. Mereka bertempat tinggal di dalam syurga. Pendapat ini dipetik daripada Imam Malik & segolongan ulama yang lain.
  3. Mereka termasuk golongan Ashhtibul A’raf, (Golongan yang berada di atas pagar yang terletak di antara syurga & neraka).
  4. Tidak memberikan jawapan mengenai hal ini.

Ibnu Kathir berkata, “Pada hakikatnya, jin Islam sama dengan manusia yang beriman. Mereka akan masuk syurga, dan ini ialah menurut mazhab jumhur ulama salaf. Sebahagian daripada mereka mengambil dalil dalam menyatakan hal ini daripada firman Allah SWT:

“Mereka sebelumnya tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun oleh jin.” (Surah al-Rahman: 74)

Namun pengambilan dalil daripada ayat ini masih perlu dipertimbangkan lagi. Dalil yang lebih tepat ialah firman Allah SWT:

“Dan bagi siapa yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada 2 syurga. Maka nikmat Tuhanmu yang mana, yang kamu dustakan?”
(Surah al-Rahman: 46-47)

Apa yang dimaksudkan dengan 2 syurga ialah yang 1 untuk manusia & yang lagi 1 untuk jin. Ada juga ahli tafsir yang berpendapat bahawa syurga dunia & syurga akhirat. Allah SWT memberikan kurnia berupa syurga kepada mereka yang berbuat kebajikan di kalangan jin & manusia. Ucapan syukur bangsa jin atas turunnya kurnia Allah ini lebih mendalam jika dibandingkan dengan manusia. Mereka mengatakan, “Tidak ada sedikit pun daripada berbagai2 kurnia-Mu yang kami dustakan wahai Tuhan kami, hanya untuk-Mu segala pujian”. Oleh itu, Allah SWT tidak akan menganugerahkan kepada mereka kenikmatan yang tidak boleh mereka raih.”

Saya katakan, ‘Hal ini mengisyaratkan kepada hadis yang diriwayatkan Imam Tirmizi, daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa dia berkata, ‘Rasulullah SAW pernah membaca surah Al-Rahman hingga khatam. Lalu baginda bersabda, ‘Mengapa kalian hanya diam? Sesungguhnya jawapan dari kalangan jin lebih baik daripada kalian, setiap kali aku membacakan ayat ini:

“Maka nikmat Tuhanmu yang mana, yang kamu dustakan?”
(Surah al-Rahman: 47)

Mereka selalu mengatakan, ‘Tidak ada sedikit pun daripada berbagai-bagai kurnia-Mu yang kami dustakan wahai Tuhan kami, hanya untuk-Mu segala puji’.

Ibnu Taimiyyah berkata, “Di akhirat kelak, jin yang kafir akan diseksa, dan ini sudah menjadi kesepakatan di kalangan ulama. Jin yang beriman pula, akan masuk syurga, dan ini ialah pendapat jumhur ulama.”

Dia berkata, “Ada sebuah riwayat yang mengatakan bahawa mereka berada di “Rabdhul Jannah” (suatu tempat di syurga yang boleh dilihat bangsa manusia, namun penghuninya tidak boleh melihat mereka). Pendapat ini dipetik daripada Imam Malik, Imam Syafie, Abu Yusuf dan Muhammad-dua ulama terkemuka yang merupakan murid Abu Hanifah- ada juga yang mengatakan bahawa ganjaran yang diperoleh kalangan jin ialah selamat daripada api neraka. Pendapat ini dipetik daripada Imam Abu Hanifah.

Masa Terbitkan : 8-Oct-2020

Switch To Desktop Version