Tiada Zuriat Punca Gangguan Jin? 每 IKHTIAR SYIFA
Tiada Zuriat Punca Gangguan Jin? 每 IKHTIAR SYIFA

Masalah sukar dapat zuriat itu terbahagi kepada dua iaitu yang berlaku secara tabii yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.

Masalah sukar dapat zuriat yang berlaku akibat Gangguan Jin mempunyai tanda-tanda tertentu, Antaranya;

  1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
  2. Kusut fikiran.
  3. Sakit dibahagian tulang-tulang belakang.
  4. Mengigau ketika tidur.
  5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Sukar mendapat zuriat yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Pertanyaan Lanjut:
>> PM kami di Facebook <<

Masa Terbitkan : 8-Oct-2020

Switch To Desktop Version